AKTIVITI AKAN DATANG

-TUTUP SEMENTARA-
jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:-
1 - Zarul - 019 494 8341
2 - Azmi - 019 959 2273


08 Ogos 2011

Salam Ramadhan dan Salam 1ProCC

Atikel semalam berkisarkan kepada aktiviti berbuka puasa di sana sini, jika dalam FB boleh di katakan setiap negeri telah merancang dan ada pun tarikh yang ditetapkan, apapun ucapan tahniah kepada semua dan di harap beroleh kejayaan.

Hari ini wall FB Proton Club Malaysia di hujani persoalan tentang majlis berbuka puasa pada 6hb. ogos yang lalu. sebenarnya acara ini telah di batalkan pada 25hb. julai lagi, mungkin tiada sambutan oleh kerana harga untuk seorang RM50.00 (dewasa) RM28.00 (kanak-kanak). dengan berita pembatalan ini ramailah yang setuju kerana merasai agak mahal.

Siapa yang tidak bising jika acara yang dah di batal tiba-tiba ada ucapan terima kasih kerana support event majlis berbuka puasa pada 6hb. ogos lalu di tempat yang pulak tu. tanya punya tanya, mulalah seisi jawab menjawab.. memang ia tidak patut berlaku sebenarnya dan jika benarpun anggaplah itu acara peribadi atau ia di jemput oleh pihak yang berkenaan dan jemputan pula tak ramai, hanya 2-3 orang sahaja.. barulah orang tidak melenting.

Jika di terengganu, perkara ini juga telah berlaku (tapi bukan majlis berbuka puasa la) pada tahun 2010 di mana sekumpulan 3-4 buah kereta rakan-rakan telah membuat acara ke cameron highland tanpa disedari ramai pihak, tetiba gambar-gambar kenangan dari sana telah di muat naik ke dalam forum menyatakan itu acara ProCC, dengan tindakkan pantas oleh pengurusan negeri maka ia tidaklah tersebar secara meluas. walaupun bergitu, setiausaha ketika itu dah berbuih mulut menjawab persoalan dari ahli-ahli yang tidak puashati kerana tidak dimaklum.

Hari ini berlaku di HQ, walaupun asalnya nak diam-diam sahaja, tapi dengan rasa bangga kerana telah berjaya mengadakan aktiviti tanpa disedari terkeluarlah "Terima Kasih Pada Nomend Ahmad (NP) Maybizs Riezal (TNP) Shuhaimie Mohd,Majan Procc , Syaiful Tg, Andy Boyz, Dil Perak, Adik Nomend dan PRESIDEN PROCC kerana support Event Majlis Berbuka Puasa bersama Keluarga Rumah Nur Hikmah dan Keluarga Bersamamu TV3 anjuran Coronade Hotel Kuala Lumpur pada 06 August 2011."

Kepada semua yang terlibat menguruskan acara, adalah di sarankan maklumlah kepada semua di bawah jagaan, jika peringkat negeri mengadakan aktiviti hendaklah di maklumkan kepada semua ahli negerinya, jika peringkat HQ, ia hendaklah di maklumkan kepada semua ahli di seluruh malaysia, tidak kiralah acara besar ataupun kecil-kecilan, yang mana tidak dapat hadir kita anggaplah mereka itu mempunyai tugas atau perkara yang lebih mustahak.

Ini adalah teguran supaya ia tidak berlaku lagi di masa depan dan jangan sesekali melakukan perkara yang orang tidak suka, jika kita bagus, orang akan kata "baguslah ProCC, terima kasih ProCC".

sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan