AKTIVITI AKAN DATANG

-TUTUP SEMENTARA-
jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:-
1 - Zarul - 019 494 8341
2 - Azmi - 019 959 2273


04 Julai 2015

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Semua Ahli ProCC Negeri Terengganu 2015

28 September 2011


Salam 1 ProCC

1. Setelah sekian lama menunggu, ahli-ahli baru jelas ceria apabila penantian pengesahan keahlian baru saja diterima. Majlis penyerahan telah di sempurnakan oleh Pengurus ProCC Negeri iaitu Encik Zarul. Lebih menceriakan lagi apabila majlis tersebut diadakan serentak bersama majlis hari raya untuk tahun ini.

2. Lokasi di Setiu menjadi pilihan pada majlis hari raya tahun ini dengan sambutan yang bergitu meriah, walaupun lokasi yang jauh namun ahli-ahli tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama mengeratkan silaturahim.

3. Disamping sambutan hari raya dan majlis penyerahan sijil keahlian, semua yang hadir dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul serta turut sama berbincang pelbagai aktiviti-aktiviti akan datang, terutama bagi acara tahunan ProCC Malaysia yang di adakan di Port Dickson pada 29hb. Oktober depan.

4. Terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis ini, kehadiran para ahli cukup bermakna buat pengurusan di peringkat Negeri dan janganlah serik untuk bersama-sama lagi di masa mendatang, segala kekurangan atau kelemahan pihak pengurusan Negeri memohon ampun dan maaf dan segala teguran para ahli pihak pengurusan akan membaiki di masa mendatang.

Sekian, terima kasih.

04 September 2011

Salam 1ProCC

1. Keriangan hari raya masih lagi panas bahannya, seperti tahun-tahun sebelum ini, apabila raya pasti akan menziarahi rumah rakan-rakan yang lain. Raya kali ini pada hari ke lima barulah bersua warjah rakan-rakan ProCC, ini bukan bermakna kami dah slow tapi di sebabkan masing-masing ada alasan tersendiri, seperti beraya di kampung orang rumah, ada juga yang masih lagi bertugas, nak beraya lebih dengan keluarga dan macam-macam lagi.

2. Bermula pada raya ke empat, cuba buat panggilan pada rakan-rakan untuk bertanyakan berita. apabila berita dapat dikumpul, buat perancangan untuk ke destinasi pada keesokan hari. harap-harap dengan perancangan yang tidak di jangka ini berjalan lancar.

3. Raya ke lima, mengaturkan perjalanan, dalam perjalanan cuba buat panggilan dengan rakan-rakan yang lain untuk mengetahui di mana mereka berada. mengaturkan lagi perancangan untuk pertemuan, akhirnya dapat satu keputusan untuk berkumpul di satu tempat dan kami semua bersatu.

4. Sedang kami rancak bersembang bersama rakan-rakan di samping hidangan yang di jamukan terkeluar satu rancangan untuk ke rumah rakan yang lain, dengan sebulat suara telah bersetuju bergerak secara konvoi ke destinasi. walaupun tahu tentang kesesakkan jalan raya namun kami tidak perdulikan itu semua, janji apa yang di rancang berjaya.

5. Walaupun rancangan tidak bergitu serius, kami berjaya kumpulkan sebanyak lima biji kerta, dengan lima biji kereta ini, kami berkonvoi dalam kesesakan jalan raya dan dalam pada itu dapat satu makluman ada rakan lain ingin turut serta. ahlamdulillah akhirnya kami bersatu dan kini enam biji kereta sedang berkonvoi menuju ke rumah rakan untuk beraya.

6. Setelah tiba di rumah yang di maksudkan, kami di hidangkan dengan jamuan kecil, walaupun ia ala kadar tapi ia penuh makna buat rakan-rakan yang hadir. dalam sedar tak sedar jam telah menunjukkan dekat pukul 11.00 malam. oleh kerana keesokan hari adalah hari ahad (hari bekerja & bersekolah) di negeri ini, maka kami berpecah ke haluan masing-masing.

7. Terima kasih pada semua rakan-rakan yang turut serta dalam ziarah menziarahi rakan-rakan, walaupun raya tahun ini agak lewat berbuat demikian, namum ianya dapat juga di adakan, walaupun tahun ini tidak bergitu ramai seperti sebelum ini, namum ia cukup memberi kesan dalam menyatu padu ahli keluarga ProCC. Terima kasih juga kepada rakan dari Pulau Pinang kerana sudi bersama kami. walaupun ia hanya seketika kami tetap menghargai kedatangan anda, kerana anda adalah keluarga ProCC. Buat rakan-rakan yang tidak dapat turut serta kami faham, jika hari ini tidak dapat turut serta isyaallah tahun depan ada lagi, semoga ALLAH panjangkan usia kita agar kita dapat berkumpul lagi pada masa akan datang.

sekian.

28 Ogos 2011

Salam 1ProCC

Pada 18 Ogos 2011, Proton Club Malaysia (ProCC) telah menjalinkan satu usahasama serta telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Verv Petroleum (M) Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah kilang pengeluar Minyak Pelincir terkenal di Malaysia iaitu VERV Lubricants.

Diatas perbincangan secara rasmi diantara Presiden ProCC (Mohd Hifni Bin Mohd Ghazali), Timbalan Presiden 2 (Mohd Rizal Bin Abd Rahman), Zafir Wong (Head of Marketing Verv) dan Auni Zafirah (Verv's Product Ambassador), Pihak Verv bersetuju membantu ProCC dari segi penajaan acara dan aktiviti kelab.

Disamping itu, verv juga memberi diskaun kepada ahli ProCC diatas pembelian minyak pelincir keluaran syarikat itu. Selain daripada itu, ahli juga akan mendapat faedah yang disediakan oleh pihak Verv, antara faedah-faedah yang diberi adalah:

Pembelian terus dari Verv akan memberikan anda 10%-20% diskaun untuk minyak pelincir tertentu.
Setiap pembelian minyak pelincir Verv, anda juga akan dapat 'oil filter' berjenama BORCH secara percuma!

Dapatkan Diskaun dari pusat servis panel Verv untuk upah perkhidmatan.

Penghantaran terus pintu ke pintu secara percuma ke seluruh negara.

Hadiah percuma bagi setiap pembelian. contohnya, baucer petrol/membeli-belah/ barangan, bergantung kepada promosi bulanan.

Peringatan melalui perkhidmatan sms untuk jadual penyelenggaraan dan rekod.

Pelbagai jenis minyak pelincir untuk semua jenis kenderaan.

Juru runding dan nasihat percuma bagi perkara berkaitan servis kenderaan.

Selain daripada itu, Pihak Verv juga akan menyumbangkan 5% daripada hasil pembelian minyak pelincir Verv dari ahli ProCC kepada tabung aktiviti ProCC untuk kegunaan acara-acara ProCC mendatang.

Semoga dengan usahasama yang terjalin ini dapat memberikan satu kelebihan buat Proton Club Malaysia dan semua ahli ProCC khususnya.

Ahli Proton Club Malaysia boleh mendapatkan minyak pelincir diatas dengan menghubungi talian Hotline Verv: 1300-88-VERV(8378)

Jika anda adalah ahli Rasmi Proton Club Malaysia, nantikan panggilan dari rakan kerja Verv yang akan menghubungi anda.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.protonclub.com

22 Ogos 2011


Salam 1Procc

Tarikh 20hb Ogos 2011 telah selesai dengan jayanya, Alhamdulillah Syukur kepadaNYA acara yang di atur telah berjalan dengan lancar, ucapan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma yang memberi kerjasama serta menghulurkan sumbangan, semoga ALLAH SWT lah yang membalas budi dan jasa kalian.

Tidak dapat bayangkan bertapa seronoknya anak-anak ini apabila dapat berbuka bersama-sama pemilik kereta nasional terutama kereta Proton. kami pada ketika itu berpendapat jika besar nanti, aku akan memiliki kereta seperti ini. sebenarnya ini adalah kali ke dua pihak ProCC Terengganu mengadakan majlis seperti ini, tahun lalu anak-anak di sini seramai 19 orang dan pada tahun ini telah meningkat kepada 28 orang terdiri 12 lelaki dan 16 orang perempuan.

Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, teluk Ketapang, dihuni oleh anak-anak yang berusia dari 3 tahun hingga 17 tahun dan ia di jaga oleh 10 orang penjaga. pada jam 6.30 petang, kami disambut oleh anak-anak ini yang diketuai oleh En. Razak. setelah bersalaman, kami mempersiapkan makanan yang di masak oleh ahli-ahli ProCC dan dihidangkan ke atas meja.

Jam 7.10 malam, anak-anak dibenarkan mengambil makanan yang dihidangkan, walaupun makanan yang dihidang tidaklah seberapa, namun keriangan dari wajah anak-anak dapat dilihat. selesai menikmati juadah, kami solat mahgrib bersama-sama.

Acara pun sudah nak berakhir, sebelum kami berangkat pulang, kami bersalaman tanda ucapan terima kasih kerana sudi menerima kami sebagai tetamu.

Kepada semua yang menjayakan acara ini, kami ProCC mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelab Kereta NECDI, Penyumbang-penyumbang, rakan-rakan ProCC dari Kuantan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, kami di ProCC Terengganu akan mengenang jasa dan sumbangan tuan-tuan semua dan moga-moga ALLAH SWT dapat memberi ganjaran yang setimpal atas jasa dan kebaikan tuan-tuan.

sekian.


14 Ogos 2011

Salam 1ProCC

Terima kasih kepada semua yang hadir pada Majlis Cakna Bersama Anak Yatim Sinar Harian yang di adakan pada 13/08/11. alhamdulillah, dengan sambutan para ahli ProCC amatlah di hargai, terutama rakan dari Besut, Setiu dan Kemaman yang sanggup datang walaupun terpaksa menempoh kira-kira 160km untuk memeriahkan suasana.

Sebelum acara Cakna Sinar bermula, pakatan telah di adakan sejak 2 hari sebelum untuk berbuka puasa bersama-sama, kami amatlah teruja apabila di maklumkan seramai 40 orang akan menyertai majlis berbuka tersebut. Kita mampu merancang, hanya tuhan yang menentukan, di saat-saat terakhir seramai 8 orang tidak dapat turut sama atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, namum bergitu makan & meja telah ditempah oleh pihak pengurusan. mahu tidak mahu kami yang hadir terpaksa membayar bagi kereka yang tidak dapat hadir itu. Untuk di masa akan datang, kami menyeru dan memohon pada semua ahli, rancanglah sebaik mungkin, jangan kerana kita, rakan-rakan lain akan menanggungnya, ini mungkin akan memudaratkan bagi pihak pengurusan untuk mengadakan acara lain di masa akan datang.

Selesai sudah acara semalam, tapi jangan lupa pada minggu hadapan untuk memberi sokongan majlis ProCC sendiri. Jangan majlis jemputan dari orang, ahli-ahli dapat memberi sokongan, sedangkan majlis sendiri sunyi sepi, kami percaya semua rakan ahli telah rindukan untuk bersama-sama ProCC semula.

Tetamu dari Kuantan yang sentiasa memberi sokongan.


Kelihatan ahli-ahli sudah mengambil tempat walaupun jam baru 7.00 malam

Dengan sambutan bergini, kami di pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih. berilah kepercayaan kepada kami, berilah semangat kepada kami dan berilah sokongan kepada kami untuk merancang pelbagai acara untuk masa-masa akan datang demi kebaikkan kelab ProCC dan juga keluarga ProCC terutamanya.

terima kasih.

08 Ogos 2011

Salam 1Procc

Dibawah ini tersenarai nama dan nombor ahli yang baru diluluskan oleh pihak Proton Club Malaysia, maka dengan ini, nama-nama yang tersenarai ini adalah dengan rasminya telah menjadi keluarga ProCC, tahniah dan terima kasih kerana memberi keparcayaan kepada kami.

0409

SUPIK

KUALA TERENGGANU

TERENGGANU

0410

ALIM JAFAR

PERMAISURI

TERENGGANU

0411

MAT PREH

PERMAISURI

TERENGGANU

0412

M YO

PERMAISURI

TERENGGANU

0413

zaini

KUALA TERENGGANU

TERENGGANU

0414

SALINA85

KUALA TERENGGANU

TERENGGANU

0415

Nik@jak

AJIL

TERENGGANU

0416

BRADO GAT

KEMAMAN

TERENGGANU

0417

SELING

DUNGUN

TERENGGANU

0418

POKNIK

DUNGUN

TERENGGANU

0419

MAT MERAH

DUNGUN

TERENGGANU

0420

Tendou

DUNGUN

TERENGGANU