AKTIVITI AKAN DATANG

-TUTUP SEMENTARA-
jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:-
1 - Zarul - 019 494 8341
2 - Azmi - 019 959 2273


11 Mac 2010

Kejayaan ProCC Terengganu


ProCC Terengganu di julang setelah memenangi tempat ke 2 dan ke 5 sempena Program Persona Quest 2010 Tresure Hunt anjuran Proton Edar pada 30hb. Januari 2010, seramai 10 orang peserta dengan 3 buah jentera Persona, nama ProCC telah di mengegarkan di Shah Bandar dengan pengumuman kemenangan tersebut.

27 Februari 2010



Riang, rakan-rakan ProCC bergambar kenangan sebelum meninggalkan tempat menginap di Freser Hill, ini adalah konvoi yang paling jauh ProCC Terengganu adakan, tepat jam 12.00 tengahhari, rakan-rakan bergerak menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri rumah terbuka hari raya ProCC yang diadakan di Cheras.

Dalam perjalanan pulang,kepenatan mula terasa, perjalanan sejauh 940 km selama 2 hari 1 malam itu hilang dengan keseronokan yang dialami.

TT Ziarah Besut 2009


Daerah Besut menjadi destinasi terakhir dalam aktiviti Daerah ke Daerah. Bagi aktiviti kali ini di meriahkan lagi oleh rakan rakan ProCC Kelantan yang turut sama-sama menyertai ini. Disamping mengeratkan silaturahim, pihak tuan rumah Besut telah menyediakan kuiz mengenali Besut.

26 Februari 2010

Konvoi Merdeka 2009


Kerana Kita ProCC, Terengganu juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta pada program Konvoi Merdeka 2009 di Negeri Perak. Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu telah memberi kenangan yang bergitu bermakna buat yang hadir. Terima Kasih Perak..!!

Barisan Kepimpinan Negeri Terengganu


Wajah-wajah kepimpinan ProCC Negeri Terengganu

Hari Keluarga ProCC Terengganu 2009


Daerah Dungun melalui ProCC Terengganu telah berjaya mengadakan satu program Hari Keluarga ProCC buat pertama kalinya di Terengganu. dengan sambutan di luar jangka itu, ProCC dapat mengumpulkan seramai 105 orang dari seluruh Negeri, pun bergitu masih ada ahli-ahli yang tidak dapat mengikutinya oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Hari Keluarga yang di rancangkan selama 2 hari 1 malam itu dimeriahkan oleh aktiviti sukan keluarga seperti acara mengisi pasir dalam botol, pasangan bahagia, bowling kelapa, mencari telur penyu dan seisi karaoke pada sebelah malam.

Walaupun menghadapi kesukaran pada peringkat awalnya, dengan kerjasama ahli-ahli ProCC dari seluruh Negeri, aktiviti ini dapat di teruskan dengan jayanya. Pada majlis terakhir Hari Keluarga, pihak Pengurus ProCC Negeri dengan bersemangat telah mengumumkan Daerah Setiu adalah tuan rumah Hari Keluarga untuk tahun 2010 depan.

Semoga berjumpa lagi di Setiu 2010.