KEPADA PEMILIK KERETA PROTON yang berada di Negeri Terengganu, anda dijemput untuk menyertai dan memeriahkan komuniti kami PROTON CLUB MALAYSIA (PROCC) TERENGGANU
Gambang adalah aktivi pertama ProCC Negeri Terengganu pada tahun 2010, tarikh 23 januari adalah tarikh bersejarah untuk ProCC Terengganu dengan penyertaan seramai 95 orang dewasa dan 19 orang kanak-kanak, acara mandi-mandi bergitu meriah walaupun hari tersebut mendung dan kadang kala hujan renyai-renyai. kenderaan konvoi ProCC bergitu megah kerana menjadi tumpuan orang ramai yang ada di situ. sebanyak 38 buah kenderaan ahli ProCC Terengganu dapat mengumpul dan memenuhi jalan raya Negeri Pahang.
Tidak ketinggalan, ahli-ahli Pahang turut memeriahkan suasana dengan kehadiran lebih kurang 10 buah kenderaan terutama dari sekitar Kuantan dan juga dari Daerah termeloh. Ketibaan pada jam 11.50 pagi di Gambang Waterpark telah di beri taklimat oleh abang putra serta agihan gelang-gelang tangan untuk masuk. dalam keseronokan mandi manda tanpa di sedari jam sudah pun pukul 3.00 petang, terdengar dari corong-corong speaker memanggil rakan-rakan supaya pulang.
Wajah-wajah yang tak berapa ceria keluar dari pintu gerbang Gambang Waterpark dan ada yang berbisik-bisik.. ala.. aku tak puas lagi mandi.. bukannya dapat datang selalu kesini.. balik la lewat sikit..
Rakan-rakan dan sahabat-sahabatku, inilah kelebihan ProCC, tidak ada yang kurang melainkan lebih-lebih belaka.. tak percaya? nanti jangan lupa ikuti aktiviti bulan februari..
ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama, pihak Polis Terengganu dan Pahang, pihak Lebuh Raya MTD, pihak Gambang Waterpark dan rakan-rakan ProCC terengganu/Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan