AKTIVITI AKAN DATANG

-TUTUP SEMENTARA-
jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:-
1 - Zarul - 019 494 8341
2 - Azmi - 019 959 2273


04 September 2011

Salam 1ProCC

1. Keriangan hari raya masih lagi panas bahannya, seperti tahun-tahun sebelum ini, apabila raya pasti akan menziarahi rumah rakan-rakan yang lain. Raya kali ini pada hari ke lima barulah bersua warjah rakan-rakan ProCC, ini bukan bermakna kami dah slow tapi di sebabkan masing-masing ada alasan tersendiri, seperti beraya di kampung orang rumah, ada juga yang masih lagi bertugas, nak beraya lebih dengan keluarga dan macam-macam lagi.

2. Bermula pada raya ke empat, cuba buat panggilan pada rakan-rakan untuk bertanyakan berita. apabila berita dapat dikumpul, buat perancangan untuk ke destinasi pada keesokan hari. harap-harap dengan perancangan yang tidak di jangka ini berjalan lancar.

3. Raya ke lima, mengaturkan perjalanan, dalam perjalanan cuba buat panggilan dengan rakan-rakan yang lain untuk mengetahui di mana mereka berada. mengaturkan lagi perancangan untuk pertemuan, akhirnya dapat satu keputusan untuk berkumpul di satu tempat dan kami semua bersatu.

4. Sedang kami rancak bersembang bersama rakan-rakan di samping hidangan yang di jamukan terkeluar satu rancangan untuk ke rumah rakan yang lain, dengan sebulat suara telah bersetuju bergerak secara konvoi ke destinasi. walaupun tahu tentang kesesakkan jalan raya namun kami tidak perdulikan itu semua, janji apa yang di rancang berjaya.

5. Walaupun rancangan tidak bergitu serius, kami berjaya kumpulkan sebanyak lima biji kerta, dengan lima biji kereta ini, kami berkonvoi dalam kesesakan jalan raya dan dalam pada itu dapat satu makluman ada rakan lain ingin turut serta. ahlamdulillah akhirnya kami bersatu dan kini enam biji kereta sedang berkonvoi menuju ke rumah rakan untuk beraya.

6. Setelah tiba di rumah yang di maksudkan, kami di hidangkan dengan jamuan kecil, walaupun ia ala kadar tapi ia penuh makna buat rakan-rakan yang hadir. dalam sedar tak sedar jam telah menunjukkan dekat pukul 11.00 malam. oleh kerana keesokan hari adalah hari ahad (hari bekerja & bersekolah) di negeri ini, maka kami berpecah ke haluan masing-masing.

7. Terima kasih pada semua rakan-rakan yang turut serta dalam ziarah menziarahi rakan-rakan, walaupun raya tahun ini agak lewat berbuat demikian, namum ianya dapat juga di adakan, walaupun tahun ini tidak bergitu ramai seperti sebelum ini, namum ia cukup memberi kesan dalam menyatu padu ahli keluarga ProCC. Terima kasih juga kepada rakan dari Pulau Pinang kerana sudi bersama kami. walaupun ia hanya seketika kami tetap menghargai kedatangan anda, kerana anda adalah keluarga ProCC. Buat rakan-rakan yang tidak dapat turut serta kami faham, jika hari ini tidak dapat turut serta isyaallah tahun depan ada lagi, semoga ALLAH panjangkan usia kita agar kita dapat berkumpul lagi pada masa akan datang.

sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan