AKTIVITI AKAN DATANG

-TUTUP SEMENTARA-
jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:-
1 - Zarul - 019 494 8341
2 - Azmi - 019 959 2273


22 Ogos 2011


Salam 1Procc

Tarikh 20hb Ogos 2011 telah selesai dengan jayanya, Alhamdulillah Syukur kepadaNYA acara yang di atur telah berjalan dengan lancar, ucapan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma yang memberi kerjasama serta menghulurkan sumbangan, semoga ALLAH SWT lah yang membalas budi dan jasa kalian.

Tidak dapat bayangkan bertapa seronoknya anak-anak ini apabila dapat berbuka bersama-sama pemilik kereta nasional terutama kereta Proton. kami pada ketika itu berpendapat jika besar nanti, aku akan memiliki kereta seperti ini. sebenarnya ini adalah kali ke dua pihak ProCC Terengganu mengadakan majlis seperti ini, tahun lalu anak-anak di sini seramai 19 orang dan pada tahun ini telah meningkat kepada 28 orang terdiri 12 lelaki dan 16 orang perempuan.

Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, teluk Ketapang, dihuni oleh anak-anak yang berusia dari 3 tahun hingga 17 tahun dan ia di jaga oleh 10 orang penjaga. pada jam 6.30 petang, kami disambut oleh anak-anak ini yang diketuai oleh En. Razak. setelah bersalaman, kami mempersiapkan makanan yang di masak oleh ahli-ahli ProCC dan dihidangkan ke atas meja.

Jam 7.10 malam, anak-anak dibenarkan mengambil makanan yang dihidangkan, walaupun makanan yang dihidang tidaklah seberapa, namun keriangan dari wajah anak-anak dapat dilihat. selesai menikmati juadah, kami solat mahgrib bersama-sama.

Acara pun sudah nak berakhir, sebelum kami berangkat pulang, kami bersalaman tanda ucapan terima kasih kerana sudi menerima kami sebagai tetamu.

Kepada semua yang menjayakan acara ini, kami ProCC mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelab Kereta NECDI, Penyumbang-penyumbang, rakan-rakan ProCC dari Kuantan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, kami di ProCC Terengganu akan mengenang jasa dan sumbangan tuan-tuan semua dan moga-moga ALLAH SWT dapat memberi ganjaran yang setimpal atas jasa dan kebaikan tuan-tuan.

sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan