Salam 1ProCC
Alhamdulillah sudah seminggu kita menyambut bulan ramadhan, dalam tempoh 7 hari ini juga kita mampu menempoh segala halangan dan rintangan dalam mengerjakan ibadah puasa. masih lagi berbaki 3 minggu, dalam masa ini kita melihat pelbagai acara/aktiviti telah di rancang untuk manafaat kepada ahli mahupun masyarakat.
Dari selatan hingga ke utara, dari barat sampai ke timur para wakil negeri sedang sibuk mengatur tarikh untuk mengadakan majlis berbuka puasa, sama ada bersama ahli-ahli negeri dan ada bersama dengan rumah badan kebajikan yang ada di persekitaran. dengan perancangan dan kejayaan yang terlaksana moga-moga Allah swt sajalah yang mampu membalasnya.
Selain merancang mengadakan aktiviti, wakil-wakil mahupun AJK-AJK harus juga memikirkan kemampuan ahli-ahli, jangan kerana mengejar mengadakan aktiviti yang hebat atau yang bertaraf 5 bintang, ada ahli-ahli yang tidak dapat menyartai kerana kos yang agak tinggi. sebagai contoh: untuk menyertai makanan yang lazat-lazat, setiap orang haruslah membayar RM50.00 seorang. kalau di kira untuk seorang memanglah murah, itu bagi orang-orang bujang bolehlah kerana dia tidak perlu memikiran hal orang lain. bagai mana bagi mereka yang berkeluarga? jika ahli ini ada seorang anak yang berumur 11 tahun, cuba kira berapa kos untuk makan bagi ahli + suami/isteri ahli + anak ahli, paling kurang pun sudah RM100.00, ini untuk makan sahaja. itu belum lagi di campur dengan kos minyak kereta, jika semua ahli duduk di satu tempat atau satu taman tidak ada masalah.
Untuk mencapai matlamat yang di rancang, pihak AJK haruslah meyusun atur yang lebih sesuai untuk semua peringkat. jangan rasa malu jika kita mengadakan majlis berbuka puasa di warung dengan kos RM5.00 seorang tetapi dengan sambutan di luar jangkaan berbanding di tempat bertaraf 5 bintang dengan kehadiran 10 orang.
Semoga kita dapat membaiki apa yang lemah dan apa yang silap, ini semua adalah untuk kebaikkan kita ProCC kerana kita adalah 1keluarga tidak kira di mana kita berada.
selamat berpuasa

Tiada ulasan:
Catat Ulasan